Berita dan Foto : Ihsan Haji Osman A. Bakar
SENGKURONG, Selasa, 24 Mac. - Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Awang Haji Abdul Aziz bin Juned menerima Kunjungan Muhibah Hari Raya Aidilfitri daripada Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam dan Menteri Negara Kanan bagi Kementerian Ehwal Dalam Negeri, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Associate Professor Dr. Muhammad Faishal Ibrahim dan isteri, Puan Hayati binti Haron, hari ini.
Kunjungan Tuan Yang Terutama Associate Professor Dr. Muhammad Faishal Ibrahim dan isteri ke Rumah Hidayah, iaitu kediaman Yang Berhormat Mufti Kerajaan di Jalan Mulaut, diiringi oleh Menteri Negara bagi Kementerian Luar dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga, Tuan Zhulkarnain bin Abdul Rahim dan isteri, Puan Afizah binti Mohd Hassan.
Turut mengiringi, Ahli Parlimen bagi Nee Soon Group Representation Constituency, Lee Hui Ying; Pembantu Khas kepada Pemangku Menteri (Ehwal Masyarakat Islam), Kementerian Kebudayaan, Komuniti dan Belia; Muhammad Izhar bin Mohamed Roslan; Pemangku Pengarah (Jangkauan Komuniti), Kementerian Pembangunan Digital dan Maklumat, Umar bin Abdul Ngalim dan Pembantu Pengarah (Malaysia & Brunei), Norman Maswari Aziz-Boey.
Juga mengiringi, Pegawai Negara (Malaysia & Brunei), Kementerian Hal Ehwal Luar, Wong Jun Hao; Pengurus (Jangkauan Komuniti), Kementerian Pembangunan Digital dan Maklumat, Nursyafiqah binti Rosnan; Eksekutif Sokongan Jabatan Pembantu (SEAI), Kementerian Hal Ehwal Luar, Wong Liang Hoo; Yusri bin Abdul Rahman dan Mohamad Faizal bin Hussin, Pembantu kepada Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Singapura.
Turut sama mengiringi Tuan Yang Terutama ialah bakal Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Yip Wei Kiat; Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura, Guo Weimin serta beberapa pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Singapura di Negara Brunei Darussalam.
Rombongan Singapura itu adalah dalam rangka lawatan rasmi selama tiga hari bermula 22 hingga 24 Mac 2026 bertujuan untuk terus memelihara keakraban hubungan dua hala yang sekian lama terjalin, di samping meneroka peluang kerjasama baharu dalam suasana penuh harmoni dan muhibah antara kedua-dua buah negara.
Rombongan Menteri Singapura itu telah dialu-alukan oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan dan isteri, Datin Hajah Maznah binti Haji Mohammad berserta ahli keluarga.